Showing posts with label Sarapan. Show all posts
Showing posts with label Sarapan. Show all posts

Saturday, April 4, 2015

Sarapan Saya... 5.4.2015


Salam Semua...

Hari ini Hari Ahad. Dan Hari ini Cuaca tengah hujan sangat ini. Hari Malas Day. Jadi saya menyediakan Sarapan  barat utk anak-anak dan Mr Saya.
Gambar diatas milik anak sulung saya yang tidak suka telor jenis mata lembu.....


Yang Gambar kedua ini...

milik Anak bongsua saya dan Mr yang amat suka telor Mata lembu... blk nya adalah pinggan saya.

Kentang nya saya rebus dan digoreng selepas itu. Hotdog pula saya masakkan dan sediakan Cara blackpepper.....
Sarapan begini amat berat dan saya tau mereka amat suka, lelagi Saya sediakan roti Burger disamping  hidangan ini. Ada juga kuih bakar yg saya buat malam tadi Tidak sempat saya ambil gambar nya....

Selamat berhujung Minggu dan Jumpa lagi...

Friday, September 12, 2014

Burger Ayam pedas...




Hari ini Hari Sabtu... Balik pasar,saya terus menyiapkan Sarapan utk kedua Hero saya.  sewaktu ke pasar, Saya ada membeli daging Cincang ayam. dan apa lagi..Siaplah sudah Burger Ayam pedas patties saya...

Lucu tau bila saya penggemar rancangan Eat Sttreet,mengkopi idea dari sana....Mereka menjual burger, kookies melalu dalam Kenderaan Bas... kalaulah Singapura boleh buat macam itu.. kan bagus eh...

Hidangan kali ini, Sampingannya kentang goreng, Ayam Nugget dan sop cendawan......


Bahan-Bahannya:


300g daging ayam Cincang
Sedikit serbuk ladahitam
Sedikit garam
Sedikit oregano
Sedikit Serbuk Cajun extra pedas
Sedikit Mixed Spicies
Sedikit serbuk roti

Campur semua bahan pada daging ayam dan gaul lalu bentukkan mcm burger.
kuali dinaikkan, lalu dipanaskan dan dioles dgn sedikit minyak Olive Oil, atau mentega.
masukkan Patties burger diatas nya dan masak sehingga kedua belah masak...

Bakar kedua belah Roti Wholemeal dan sapu mentega sedikit dan letakkan keju sekeping, lalu grill sekejap.
Hirisan bawang kuning, saya goreng sampai layu, dan saya taburkan sedikit aje gula didalam nya sehingga gula cair dan coklatan sedikit. Matikan api... lalyu di taruk diatas Burger... diikuti dgn hirisan Tomato, chilli sos.....
Dah siap.. apa lagi Ngap laaa....



Selamat Mencuba...